Pengisian Program

AQIL BALIGH

Pengetahuan aqil baligh kurang diberi penekanan disekolah walaupun sekolah agama.
Ini kerana ramai menyangka ianya adalah pengetahuan seks semata walhal tidak.
Aqil Baligh adalah satu cabang ilmu di dalam pelajaran Feqah (Fardhu Ain) merangkumi
pengetahuan tentang definisi, apa itu aqil baligh, perubahan fizikal yg akan dialami,
perbezaan sebelum & selepas aqil baligh, apa yg boleh & tak boleh selepas aqil baligh,
kewajiban menjaga batasan sesama adik beradik & sebagainya


KUASAI SOLAT

Kita semua sudah belajar ilmu solat di sekolah. Apa lagi yg perlu dipelajari?
Benar kita semua dah tahu tentang solat, anak-anak kita sudah diajar.
Tetapi sebelum itu, jawab soalan ini. Dalam masa 5 saat, jawab soalan ini.
Jika anda (anak) boleh jawab soalan ini sepertimana anda menjawab soalan sifir,
abaikan sahaja kem ini. Tetapi jika anda gagal menjawabnya dalam masa 5 saat, maka
anda disarankan utk turut sama berada dalam program ini.
Soalannya adalah, nyatakan apakah RUKUN SOLAT YG KE 7?
Jika anda memerlukan lebih dari 5 saat utk menjawab, bermakna anda belum lagi menguasai
solat walaupun anda tahu. Adilkah kita bilamana soalan sifir kita mampu menjawabnya dgn pantas
tetapi soalan yg ada 13 rukun pula mengambil masa yg lama? Renungkan


SOLAT JENAZAH

Para peserta akan diberi pendedahan tentang solat jenazah yg mana solat ini kebanyakannya hanya dilakukan oleh golongan dewasa manakala anak-anak ini berada jauh kerana 'takut'kan jenazah itu.
Anak-anak pula tidak dibimbing dgn baik menyebabkan mereka tidak berminat utk ambil tahu sedangkan
anak-anaklah yg kita harapkan utk mengimami solat jenazah buat kita para ibubapa terutamanya anak lelaki. Seorang peserta pernah meluahkan di dalam program "Saya rasa terkilan sikit kerana baru tahu pasal solat jenazah kerana ayah saya baru sebulan meninggal dunia & saya tidak solatkan jenazahnya kerana tak tahu"


JAGA MARUAH

Para peserta akan didedahkan dengan penekanan betapa pentingnya menjaga maruah diri terutamanya perempuan. Menjaga maruah dari segi perilaku & etika pemakaian kerana ramai tidak tahu & sambil lewa tentang kewajiban menutup aurat. Peserta lelaki juga akan diingatkan bahawa jangan mengambil kesempatan ke atas perempuan & bayangkan apa perasaan mereka sekiranya adik, kakak atau ibu mereka diganggu oleh lelaki lain, apa perasaan mereka. Geram? Oleh itu lelaki patut sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah sebagai pelindung ahli keluarganya sendiri


CINTAI RASUL, KENALI SUNNAH

Para peserta akan didedahkan dengan 100 senarai sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang mana bila merelka mengamalkannya, mereka akan mendapat pahala. Antaranya sunnah ketika minum, berpakaian, bergaul dgn ibu bapa & sebagainya.


KEPIMPINAN

Setiap khalifah itu adalah pemimpin & paling tidak adalah pemimpin kepada diri sendiri.
Peserta akan ditekankan dengan tanggungjawab-tanggungjawab yg membina jatidiri mereka seperti
bangun sendiri di awal pagi, basuh pinggan sendiri, menjaga kebajikan ahli kumpulan, menepati masa.


SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah ini akan dilakukan sepanjang masa, bukan sahaja di surau tetapi di padang. Ini adalah utk membiasakan peserta dengan persekitaran yg berbeza & memberi kefahaman bahawa solat di atas tanah adalah sah jika diyakini bersih.


SESI BERSAMA USTAZ DON DANIYAL

Ustaz Don akan memberi pengisian tentang pentingnya menghargai jasa ibu bapa kepada anak-anak di hari akhir program. Ibu bapa juga akan ada slot khas bersama Ustaz Don pada jam 11 pagi pada hari akhir program.

No comments:

Post a Comment